21 December 2012

Guangzhou... How are you...? Hari Ketiga...

Assalammualaikum... dan Salam sejahtera...

Hari ini adalah hari ketiga berada di Guangzhou. Pergghh.. rasa sekejap pulak berada disini, mana tidaknye masih tak puas lagi berjalan ni. Tempat yang menarik pun banyak tak explore lagi ni. Tapi kami dah buat perancangan pada malam sebelumnya, yang mana Abg Yus nak cari barang sourvenir untuk familynya.

Kami ada berjumpa sekeluarga rakyat Malaysia disana, kami berkenalan dan bertukar2 nombor telefon. Mereka bertanya mengenai jaket motosikal. Setahu saya ia dijual di kawasan Baiyun Motorcycle Parts Market di Zheng Cha Lu. (lokasinya jauh dan kena naik metro dan teksi) . Pada malamnya kami bertanya tentang lokasi untuk mendapatkan jubah wanita, mereka telah menghantar mms gambar alamat Zhongda Fabric di Xingang Xi Lu dan minta kami cuba cari di situ, Jadi kami pun rancang perjalanan kami untuk esok, selepas pergi tukar samsung s3 saya, kami akan pergi ke Zhongda Fabric untuk mencari pakaian jubah wanita kemudian ke Fu Li Kids World untuk pakaian kanak-kanak.




Selepas selesai membuat pertukaran hp saya pergi ke Zhongda Fabric. Di sana kami berpusing sehingga tengahari dan keputusannya sangat mengecewakan. Kami seperti dah salah tempat, disini lebih kepada kain dan aksesori pakaian. Alamakkk... Kami berpatah balik dan terus ke Guangzhou Railway Station. Kami rasa lebih baik cari disana sahaja.

Akhirnya kami jumpa kedai yang dicari, tetapi boleh dapat ke beli retail kat sini. Sekali lagi kami pusing disekitar tempat pemborongan pakaian ni, kebanyakkannya jual secara borong, hanya segelintir sahaja yang jual secara retail, itu pun harga dah hampir sama dengan di Malaysia. So baik beli kat Malaysia je.. hahaha...
Abg Yus tak jadi beli begitu juga dengan pakaian kanak-kanak, mahal katanya. Hhmm...

Kami juga pergi ke tempat barangan komputer di area Gangding. Abg Yus nak usha laptop dan beli speaker katanya. Jadi saya bawa la dia ke sana utk mencari barang2 tu. Saya tak pasti harga barang yg dibelinya itu murah atau mahal sbb speaker ni ade banyak jenis dan pelbagai harga. Laptop plak mcm sama je harga kat Malaysia, lebih kurang je, apa lagi cancel beli laptop.

Petang tu saya dan Abg Yus pergi semula ke New Asia International Electronic & Digital City untuk ambil barang yang saya beli pada tengahari semalam (hari kedua), hanya 2 barang yang saya order telah sampai manakala lagi satu barang lagi masih belum sampai. Makcik cina tu kata barang yang lagi satu akan sampai hari ahad. Pergghhh.. masa tu dah balik KL mane nak ambil barang. Tapi saya cuba mendesak supaya barang tu sampai sekurang2nya tengahari esok (hari keempat). Harap barang tu sampai esok dan petang tu kami dah boleh buat shipping.

Malamnya seperti malam2 sebelum ni, makan dan layan satay kambing. Alamakk.. terliur la pulak... rasa rindu nak makan. huhu...


19 December 2012

Guangzhou... How are you...? Hari Kedua...

Assalammualaikum.. dan salam sejahtera...

Pada hari kedua di Guangzhou, kami bangun lewat sedikit sebab pengalaman semalam menjadi sedikit pengalaman. haha.. Kali ini kami pergi semula ke New Asia International Electronic & Digital City dan kawasan sekitarnya (kena repeat la.. semalam pergi banyak kedai masih tutup..) dan misi pusing sampai lebam bermula. Mana tidaknya kami berada disana sehari suntuk, kadang2 rasa mcm rugi masa la pulak.

Sebenarnya pada hari kedualah saya membeli samsung S3 ni.. mana tidaknya rasa geram pada harganya yang murah (lagipun imitation bukan ori). pergghh.. bergaya sakan la nampaknya (biarpun hp lokel). Jangan marah dan jeles ye.. haha..




Hari ini banyak fokus pada gadget seperti power bank (power storage utk hp, mp3, camera, dll), earphone, spare part, walkie talkie. Kami tertarik pada pada power bank Ferarri tapi malangnya tiada stok dan kalo nk order minimum 50k pcs per colour. (Errkk... bawa duit berapa sen je... takkan nak order sampai banyak tu..) Kemudian saya singgah ke satu kedai ni, pemiliknya seorang makcik cina, barang yang dijualnya adalah earphone dan headphone. Makcik cina ni tak pandai speaking dia minta tolong amoi kedai jadi juru bahasa. Harga barang yang dijual memang murah giler dan sesuai untuk berniaga. Apa lagi borong sakan la, bukan main suka orang tua tu. Tapi barang saya kena ambil esok tengahari, bagi saya ok lagi sebab hari sabtu (hari keempat) saya akan buat shipping ke Malaysia.

Di sini kawasan ini bagi saya lebih banyak menjual spare part dan aksesori untuk telefon bimbit. Abg Yus telah membeli body part, ia untuk persediaan jika samsung S3 nya rosak. (Abg Yus ni extreme sangat ke guna sampai rosak, beli mahal tu. Huhu...) Bagi mereka yang memiliki kedai hp, lebih baik datang ke sini.




Sebelum pulang ke hotel, kami singgah sebuah kedai hp, yang menawarkan samsung S3 pada harga yang menarik. Menarik ke harga dia, macam mahal je. Tapi kami singgah la juga untuk mengetahui apa yang menariknya. Disini lah baru kami tahu kedai ini memang betul2 bagus, sebab amoi ni explain satu per satu kenapa satiap samsung s3 ni berbeza harganya. Secara detail dia cerita dimana terdapat 3 jenis / gred iaitu :

1 - Gred A (high copy) - sama mcm ori termasuk kedudukan simcard dan memory card, ade 3G, saiz dimensi, dan boleh guna housing ori.
2 - Gred B (2nd high copy) - kedudukan simcard dan memory card berlainan, ada 3G, saiz dimensi hampi serupa, tidak boleh guna housing ori.
3 - Gred C (low copy) - tidak sama dari segi saiz dimensi, kedudukan sim card dan memory card, tiada 3G, tidak boleh guna housing ori. (yang ni lagi rugi kalo beli)

Setiap Gred harga berbeza dalam 50 RMB, jadi kesimpulannya baik ambil Gred A high copy. Tapi samsung yang saya beli lebih murah tetapi tiada 3G...!! Saya baru tahu nasib baik amoi kat kedai tu tolong tunjukkan, bagaimana nak mengetahui telefon itu ade 3G atau tidak. Sebab kedai yang saya beli tu tak cerita apa2 pun sebab harga murah pasal tiada 3G.

Alamak.. nasib baik tak balik Malaysia lagi. Keesokan hari saya pergi semula ke kedai yang saya beli terus minta tukar kepada yang ada 3G. Nasib baik dapat tukar cuma kena tambah 60 RMB. Tetapi tak dapat gred A, hanya dapat jenis second gred sahaja, takpe lah janji ade 3G. Kalo tidak tak dapat la nak berinternet. Huhu... (Pengajaran : Lain kali survey dulu baru beli, biar susah, lambat, dan letih, yang penting kita tak terkena..)




Pada sebelah malamnya kami ke Beijing Lu, Di sini terdapat kesan peninggalan jalan lama yang tertanam dibawah tanah. Kawasan Beijing Lu di Guangzhou didirikan pada zaman Dinasti Nanyue pada ribuan tahun dahulu. Zaman dahulu, kereta kuda tidak boleh melalui jalan itu, hanya untuk pejalan kaki sahaja. Itu la serba sedikit sejarah mengenai Beijing Lu yang pernah aku baca.

Abg Yus telah membeli sepasang kasut kulit berharga hampir Rm 300. Biar betul Abg Yus ni... mahal tu..

17 December 2012

Guangzhou... How are you...? Hari Pertama...

Assalammualaikum dan Salam sejahtera....

Pada pagi hari pertama di Guangzhou, Saya dikejutkan oleh Abg Yus, dimana saya sangkakan telah bangun lewat tetapi rupa2 masih awal pukul 7 pagi..!! Alamak..!! kedai pun tak buka lagi ni... Sebab disini kebanyakan kedai buka antara pukul 10 - 11 pagi. Jadi apa nak buat pagi2 ni.. kami jalan2 saje sementara menunggu kedai buka. Perghh.. bayangkan keadaan sejuk pagi pada musim sejuk tambah pulak hujan pagi. Perut pun jadi lapar dan paling tak tahan asyik nk ke toilet je.




Sementara menunggu kedai2 ni semua siap dibuka kami berjalan di sebuah taman bernama Guangzhou Cultural Park bersebelahan New Asia International Electronic & Digital City. kemudian berjalan santai di sekitar Xidi 2nd Road, dimana ia merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong utk membeli belah atau memborong alat ganti / barang elektronik dan digital. Disini juga telefon bimbit versi imitation boleh dijumpai. 

Jam telah menunjukkan hampir pukul 11.00 pagi, kebanyakan kedai baru nak buka, jadi kami ambil keputusan untuk pergi semula pada sebelah petang kalau kesempatan dan mengisi perut dahulu, sebelum ke tempat lain. Selesai makan, kami pergi ke onelink international plaza (dalam ni banyak barang souvenir / permainan / dan mcm2), kemudian ke Guangzhou Railway Station (banyak tempat memborong pakaian disini), kemudian ke ZhanXi Lu (tempat memborong jam tangan / pakaian berhampiran dengan Guangzhou railway station). Dalam sehari kami pergi 4 tempat pusat borong utama di Guangzhou. hoho.. takut pulak nanti esok lusa tak tau nak ke mana.




Sebenarnya tempat tujuan utama kami ialah pusat borong jam tangan, tempat yg lain kami hanya singgah kerana tempat tersebut dalam laluan kami ke sana. Nampaknya Abg Yus mahu memborong jam tangan tetapi design yang dicari tidak ditemui, mungkin tiada rezeki. (Saya telah lupa jalan ke pusat borong jam tangan tu, maklumlah dah lama tak datang ke sana, dulu pun sekadar lalu sahaja. Semasa berjalan mencari kami singgah makan kebab turkish, boleh tahan sedap.)




Cara urus niaga yg berlainan ketika kami berbincang mengenai model jam tangan, memberi ketidakselesaan pada kami. Dimana kami perlu pergi ke office mereka untuk melihat jam branded yang mereka jual. (kini kerajaan China telah menguatkuasakan barangan berjenama tiruan tidak dibenarkan dihasilkan dan dijual). Kami telah dibawa ke office mereka, rupa-rupanya sebuah apartment. Jauh juga kami berjalan keluar dari komplek jam tangan tadi semata2 untuk melihat koleksi jam branded tiruan yang mereka jual. Rasa takut pun ade, tapi bila lihat ade sekumpulan org arab dan china juga turut serta saya jadi sedikit berani, tetapi bayangkan kalau sesuatu terjadi..!! Jadi kami rasa tak berani lagi untuk buat perkara sebegitu buat kali kedua... haha.. mungkin kali ni pergi ramai jadi tiada apa2 yang berlaku, kalau lepas ni pergi berdua... siapa tahu...




Pada petang tersebut kami hanya sekadar berjalan disekitar Guangzhou Railway Station sahaja sehingga lewat petang  sebelum kami pergi makan malam dan  membeli sedikit barang makan minum di kedai runcit Yahya (kedai runcit cina muslim) selepas makan malam, kami pulang ke hotel.




16 December 2012

Guangzhou... How are you...?

Assalammualaikum dan Salam sejahtera....

Pada awal bulan disember 2012 yang lalu, saya telah pergi ke Guangzhou, China buat kali -3 dalam masa 2 tahun. Perancangan telah dibuat selama 3 bulan sebelum ni. Kali ini saya datang bersama seorang sahabat Abg Yus, berbanding dengan sebelumnya saya datang mengikut trip dan secara berseorangan. Rasa seronok pun ade nih, maklumlah dah lama tak berjalan jauh begini.




Perjalanan bermula 10.30 pagi dari rumah ke KL Sentral, jalan2 santai di sana kerana masa flight pada pukul 4.20 petang. Pukul 12.00 tengahari naik bas express dan tiba ke LCCT dalam pukul 1.00 petang lebih kurang, kemudian solat dan makan. Pukul 3.00 petang mula check in, imigresen, kastam sehingga pukul 4.00 petang, masa ini mula menunggu nak naik flight je ni, sambil2 tu snap gambar utk kenang-kenangan.





Pukul 16.30 flight mula berlepas, hati mula terasa tak sabar nak sampai, maklumlah dah setahun tak ke sana.
Tiba di Guangzhou pada pukul 8.30 malam, selepas pemeriksaan imigresen dan kastam, saya terus dapatkan kad Yang Cheng Tong di 7Eleven untuk Abg Yus, sbb nnt senang nk naik Metro tak payah nk beratur panjang2 utk beli tiket. Perghhh... perut mula rasa lapar, maka aktiviti untuk ke kedai makan dan mencari hotel harus dimulakan. Mula2 ingat nak naik Metro je.. Sbb jimat skit duit tambang ke hotel tp Abg Yus kata dia nk tgk pemandangan waktu malam di Guangzhou, kami pun naik teksi bermeter, harga tambang airport ke hotel RMB 100-120 (RM 50-60) tapi kalo naik RMB 6.65 je.. (RM 3.30) kaw2 murah. <--- (Tips nih, tak ramai yg tahu sebenarnya. kalo naik shuttle bas airport ke hotel pun RMB 20-30 (RM 10-20) still mahal lagi.)




Sampai di depan pintu New Asia Hotel, kami tak booking dan check in pun hotel tu, saje guna alamat hotel tu utk sampai ke tempat makan dan mencari hotel lain sekitarnya sbb bagi pendapat saya terdapat sebuah hotel yang berada ditengah2 antara kedai makan, kedai runcit muslim (nama tokey kedai --> Yahya) stesen Metro, pusat borong barangan mainan, souvenir, elektronik dan digital, dan berhampiran pearl river (boleh naik pearl river cruise pd waktu malam) Saya bawa Abg Yus makan di Daawat Restaurant, restoran makanan indian muslim, sebelum kami check in hotel yang biasa saya tinggal sebelum ini iaitu East Asia Hotel. <--- Penyudahnya walaupun kami backpacker je bukan sebab penat tapi sebab dah larut malam hampir pukul 12 malam dengan keadaan cuaca sejuk, jadi lebih baik check in hotel dan tidur awal untuk aktiviti esok.

03 November 2012

Spare Part Yamaha Touch 125 & VR 150

Assalammualaikum...

Alamakk.. Dah lama tak update blog ni rasanya dah hampir 8 bulan...Mungkin malas atau tiada masa untuk menjenguk ke sini.. Hahaha..

Saya kini sedang mencari Alat ganti motosikal Yamaha Touch 125 & VR 150.. Alat ganti ini dah macam mencari alat ganti Yamaha RD pulak, sebab diluar negara alat ganti ini semakin susah hendak dicari dan semakin pupus. haha.. Lagipun susah nak jumpa mereka yang jual alat ganti ini, dan bukan senang nak deal jualbeli dgn org dari negara luar.. ini kerana kita tak pasti samada mereka berminat atau tidak... hhmm..

Left cover engine Yamaha Touch 125
Right cover engine Yamaha Touch 125



1 set head & cylinder block Yamaha Touch 125




1 set head & cylinder block Yamaha VR 150


Sebenarnya saya dah lupa, gambar blok Yamaha VR 150 ni saya ambil dari mana entah tapi kredit untuk owner / pemilik gambar nih. Untuk gambar blok Yamaha Touch 125 tu, saya baru beli daripada seorang penjual dari Surabaya, Indonesia. Terima kasih kepada beliau.

Gambar lain terpaksa delete dulu bimbang owner gambar marah pulak.. Nanti kalau ada gambar sendiri, saya akan upload semula.

13 March 2012

Pembeli bayar secara tunai... don't judge a book by its cover...

As'salam...

Apa cerita anda..?? Dah lama saya tidak update post diblog ini... seperti semakin dilupai tetapi nasib baik tidak di terminate kan oleh blogspot.. ahha..

Berkenaan tajuk diatas, pepatah bahasa inggeris ini biasa kita dengar dalam perbualan ramai dikalangan kita. Mungkin dalam bentuk gurauan, teguran, amaran atau sebagainya. Bukan apa ianya mengingatkan diri saya juga agar tidak menilai sesuatu perkara atau orang dari segi pandangan sahaja.

Ia telah membuka minda kita, dimana setiap orang yang kita jumpa, bukanlah seperti yang kita sangka. Ini merupakan pengalaman pertama saya dimana pada jumaat lepas, saya telah membawa pasangan buyer untuk melihat sebuah apartment. Buyer ini kelihatan masih muda, jadi saya hanya memikirkan tujuan mereka hanyalah untuk "window shopping" sahaja.



Tetapi setelah beberapa lama berbincang mengenai apartment dan tiba satu tahap ke bahagian financial, saya bertanya mengenai kewangan mereka samada mereka layak atau tidak untuk memperolehi pinjaman perumahan. Mereka hanya menjawab mahu membayar secara tunai. huh.. berpeluh juga dengar jawapan dari mereka, yang saya sangka hanyalah satu gurauan, maklumlah belum pernah jumpa buyer yang akan membuat bayaran tunai sebanyak Rm 300k. Walaupun daripada penjelasan mereka rumah itu dibayar menggunakan wang ditaja oleh ibubapa mereka, tetapi bagi saya, ianya sesuatu perkara yang baru. Siapa sangka seseorang mampu membeli sesuatu pada harga yang tinggi secara tunai.

Dalam perniagaan, perkara ini yang paling disukai, pembelian tanpa hutang dan bayar secara tunai, ia dapat memendekan tempoh proses penjualan. Oleh sebab itu, dalam perniagaan kita perlu selalu beringat. kita tidak mengenali dengan siapa kita bertemu, mungkin kita akan bertemu dengan seorang yang boleh membantu kita pergi lebih jauh dalam perniagaan. Jangan memperlekehkan pelanggan / pembeli / seseorang, mungkin ia mampu membinasakan perniagaan kita di masa akan datang.

Semoga ia menjadi inagatan untuk kita semua. sekian..



12 January 2012

Aku & Hartanah...

Salam..

Tahun ini saya telah belajar banyak perkara yang yang baru. Terutamanya dalam bidang hartanah, ia merupakan salah satu bidang yang saya minat sejak sekian lama. Sebelum ini saya hanya baca mengenai hartanah melalui buku-buku, blog dan artikel sahaja. Tidak terfikir untuk menceburi dengan lebih mendalam.



Walaubagaimanapun sejak akhir tahun lalu saya telah menyertai seminar hartanah yang dikendalikan oleh Yus 1Hartanah.com sebagai langkah pertama untuk mendalami ilmu ini. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menjadi seorang ejen hartanah berdaftar di Together Properties. Di sini saya dapat belajar lebih banyak perkara berbanding sebelumnya. Sebenarnya banyak perkara yang tidak diketahui ramai mengenai jualbeli rumah ini. Bukanlah terdapat sesuatu rahsia tersembunyi tetapi kebanyakan perkara asas yang tidak diketahui oleh orang ramai mengenai jual beli hartanah.

Baru-baru ini saya telah menghadiri pra - seminar mengenai hartanah. Kali ini saya mempelajari perkara baru mengenai bagaimana untuk menjadi seorang jutawan hartanah yang dikendalikan oleh Tuan Bri. Suatu info yang tidak mungkin saya lepaskan. Insya Allah, Saya akan ke seminar yang akan diadakan pada 4,5,6 Februari ini untuk mempelajari lebih lanjut.



Sebenarnya saya tidak pernah terfikir untuk membeli dan melabur lebih banyak hartanah kerana apa yang saya tahu, jika kita ingin membuat keuntungan melalui hartanah, kita hanya perlu beli / memiliki rumah pada harga yang rendah seperti lelong atau melalui pemaju, kemudian kita jual pada harga yang tinggi pada masa akan datang (mungkin dalam 2-3 tahun kemudian). Sebenarnya ada banyak cara yang boleh kita gunakan untuk memiliki lebih banyak hartanah. Bayangkan membeli lebih dari satu atau 10 hartanah dengan wang Rm 100k atau membeli tanpa sebarang deposit dan segala yuran guaman adalah percuma. Hebatkan ! dan itulah ilmu yang perlu kita belajar.

Bagaimana hendak melakukannya ? ahha.. Untuk mempelajarinya hadirlah ke seminar atau kelas mengenai hartanah. Bukan saya tidak mahu ajar atau kedekut ilmu tetapi saya sendiri pun masih belajar. Haha..


Sekian.