26 July 2011

Minggu mengepos..

Alhamdulillah...

Minggu ni dapat buat banyak jualan.. hampir dikatakan setiap hari ke pejabat pos.. dan pada malam pula banyak jugak kawasan yang terpaksa pergi untuk membuat penghantaran barang yang telah dijual...
Walaupun penat tapi puas hati sebab dapat memberikan service terbaik kepada pembeli.. itu merupakan perkara yang penting... Agar dapat memberi kepercayaan kepada pembeli.. maklumlah jualan melalui internet ni bukanlah sesuatu perkara yang mudah seperti yang kita dengar...

Semoga selepas ini dapat bergerak lebih maju ke hadapan...

18 July 2011

Seminar... seminar.. seminar...

Bulan ini ada dua seminar yang aku sertai... Pertama Seminar Ebay oleh Noorizam Shah di Shah Alam pada 17 julai 2011 (semalam) memang mengujakan... banyak info2 yang tidak diketahui dapat dipelajari walaupun kita tidak tahu apa2.. Semoga success dan terima kasih kepada sifu Noorizam Shah atas ilmu yang dicurahkan.

Yang kedua Seminar sehari buat duit di bursa malaysia oleh Faizal Yusup pada 23 julai (hari sabtu ni). Pelaburan saham adalah salah satu kaedah menjana pendapatan yang paling aku gemari... Walaupun sebelum ini aku pernah menuntut ilmu secara personal dipejabatnya tapi masih lagi terasa berminat untuk menyertainya juga. Mana tahu ada lagi info yang belum diketahui.. Mungkin..?? Huhu..


10 July 2011

Stok raya dah sampai...

Syukur.... Akhirnya penantian selama sebulan barang shipping dari china sampai jugak akhirnya didepan pintu rumah... hilang segala kerisauan dan keraguan... maklum lah first time bawa masuk barang dari luar negara... huhu..

Setelah barang dibawa turun dari lori, sedikit pemeriksaan dilakukan pada barang yg dihantar untuk tujuan pengesahan barang dan kerosakan. selepas pemeriksaan baru boleh turunkan tandatangan..

Maka selesai sudah segala urusan.. yang tinggal hanya untuk kerja2 "mencairkan" barang yg diterima kepada wang...

ok.. jumpa lg utk post yg akan datang... lgpun nk kira stok.. huhu..

02 July 2011

Pemasaran dan penjualan...

Huhu... setakat ni dah ade 4 website marketing yg aku register utk buat selling online yg mane 2 drpanye kena verified.. 2 lagi register gitu2 je.. satu blog jualan in progress untuk jual produk pakaian... harap pasni ade lg penambahan website jualan atau marketing yg cmni.. boleh buat sale byk2...

So skarang ni aku nk belajar buat marketing.. hhmm... inilah bab yg paling lemah skali... tp takpe aku try plan2 kayuh.. Insya Allah.. semoga success...