26 September 2011

Tasik Banding, Perak...

Salam...

Hujung minggu yang lepas saya telah menyertai beberapa orang kawan untuk mengikuti trip memancing di tasik banding, perak.
Pada hakikatnya saya bukanlah seorang kaki pancing tetapi sedikit sebanyak telah menimbulkan kembali minat untuk memancing didalam diri ini. Haha.. kali terakhir saya pergi memancing pada tahun 2000. Tapi mungkin itu hanyalah sementara sahaja.




Dalam trip ini dapat juga kita menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Perghhh.. memang nyaman dan indah mata memandang, bukan selalu boleh jumpa sesuatu yang sedemikian rupa, tambahan pula ditengah kawasan bandaraya.
Jadi pesanan untuk anda, cubalah sekali sekala bercuti, ia dapat merehatkan minda kita. Tak perlu pergi bercuti berhari-hari untuk ketenangan tapi mungkin sehari pun sudah mencukupi.




Walau bagaimanapun, perkara utama yang menjadi punca saya mengikuti trip ini adalah kerana ianya percuma. Terima kasih kepada sahabat yang open table untuk trip kali ini. Haha..

Sekian..

23 September 2011

Lamanya...

Salam Sejahtera....

Apa khabar..? lama betul tak jenguk blog ini.. bukan apa sejak akhir2 saya agak sibuk sedikit dan termasuk juga demam baru2 ini.

Minggu lepas saya telah menghantar permohonan tiket flight dan visa china. Insya Allah.. jika tiada sebarang masalah, saya akan berangkat semula ke china pada awal bulan november ini. kemungkinan pergi secara solo.
Trip kali saya telah membuat perancangan dan mungkin melakukan tinjauan yang lebih banyak tempat dari sebelumnya, banyak juga tempat yang hendak dituju. harap kedatangan ke china kali dapat memberi lebih banyak manfaat.

Minggu yg sama juga saya telah menghantar borang permohonan saham khas bumiputera MITI. Ia merupakan sejumlah peratusan saham IPO yang dikhas untuk bumiputera. Saham IPO yang bakal memasuki pasaran adalah saham/kuanter Gas Malaysia. Nampaknya saham ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan ia menjadi petanda yang baik, mungkin boleh memberi pulangan yang tinggi.

Insya Allah... mudah-mudahan ada rezeki...

orait...