26 September 2011

Tasik Banding, Perak...

Salam...

Hujung minggu yang lepas saya telah menyertai beberapa orang kawan untuk mengikuti trip memancing di tasik banding, perak.
Pada hakikatnya saya bukanlah seorang kaki pancing tetapi sedikit sebanyak telah menimbulkan kembali minat untuk memancing didalam diri ini. Haha.. kali terakhir saya pergi memancing pada tahun 2000. Tapi mungkin itu hanyalah sementara sahaja.




Dalam trip ini dapat juga kita menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Perghhh.. memang nyaman dan indah mata memandang, bukan selalu boleh jumpa sesuatu yang sedemikian rupa, tambahan pula ditengah kawasan bandaraya.
Jadi pesanan untuk anda, cubalah sekali sekala bercuti, ia dapat merehatkan minda kita. Tak perlu pergi bercuti berhari-hari untuk ketenangan tapi mungkin sehari pun sudah mencukupi.




Walau bagaimanapun, perkara utama yang menjadi punca saya mengikuti trip ini adalah kerana ianya percuma. Terima kasih kepada sahabat yang open table untuk trip kali ini. Haha..

Sekian..

No comments:

Post a Comment