28 October 2011

Update.....

Salam....

Lama betul faguan tak update blog ni... Bukan disebabkan tiada masa sahaja tetapi terlupa pun menjadi satu masalah juga. haha... Tambahan pula tarikh untuk ke Guangzhou pula semakin hampir. Jadi banyak masa diperlukan untuk belajar dan kaji mengenai tempat borong barang disana. Kehadiran disana kali ini perlu lebih aggresif lagi untuk menjana lebih banyak keuntungan daripada sebelum ini. Wow.. Masyukkk... haha.. 

Jadi sasaran utama kali ini disana adalah kawasan-kawasan borong barangan elektronik & komputrer, memancing, dan barangan am. Huh.. Banyaknya.. sempat ke nak pergi dalam masa 3-5 hari. Peruntukan modal yang dianggarkan Rm 8k - 10k akan dikeluarkan. Bajet yang tidak seberapa sangat, harap dapat memberikan keuntungan yang semaksimum yang mungkin sebagai satu langkah permulaan untuk kali kedua. Ahhaa...

 Untuk rakan-rakan yang kirim cenderahati, InsyaAllah.. akan diusahakan untuk mendapatkan barang yang dikirim. Kalau takde dan tak sempat nak buat macam mana kan..?? Bukan pergi melancong tapi pergi untuk bisnes trip. Dan tahun ini juga first time merasa menyambut Hari Raya Aidil Adha di luar negara dan di China. Waktu bertolak pada pagi rabu 2 Nov 2011 dan pulang pada ahad malam 6 Nov 2011. Haha.. sape suruh tak tengok kalender betul-betul...

 ok.. jangan lupa doakan semoga faguan selamat pergi dan balik... : )


image from http://www.chinatourguide.com

No comments:

Post a Comment