24 August 2011

Aidilfitri semakin hampir

Salam..

Wow.. sekejap sahaja.. pejam celik.. pejam celik.. kita sudah di penghujung bulan ramadan dan kini tinggal hanya beberapa hari lagi untuk kita menyambut Hari Raya Aidilfitri..

Bagaimana persiapan raya kita pada tahun ini..? harap dapat berbelanja dengan lebih bijak.. dan jangan terlalu boros.. Walau pun banyak sale yang menawarkan potongan harga yang tinggi. tetapi kita kena beringat nanti selepas raya masih banyak lagi perkara yang perlu kita lakukan.

ok.. sebelum berundur diri saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin...

06 August 2011

Selamat Berpuasa....

Ehem.. harap masih belum terlambat untuk mengucapkan salam ramadan dan selamat berpuasa kepada anda dan seluruh umat islam didunia...

Maklumlah dibulan- bulan sebegini sememangnya agak sibuk untuk mereka yang berniaga. Ada yang berniaga dipasar ramadan, bazar larut malam, niaga ditapak sewa ramadan dan sebagainya. Ohh.. ya, tak lupa juga kepada rakan yang mula berniaga dipasar ramadan tahun ini, semoga berjaya.
Sebenarnya dibulan sebeginilah peluang untuk orang melayu mendapatkan peluang dan pengalaman dalam perniagaan disamping mencari duit poket tambahan.. ahha.. itulah matlamat sebenarnya.

walau apa pun amal ibadah janganlah dilupakan...