23 May 2013

Bangkok... Apakah tujuanku ke sana..?


"Ya.. Allah permudahkanlah urusan harianku, perjalanan hidupku, kau jauhilah aku dari segala kemungkaran dan kejahatan. Ampuni dosa kedua ibubapaku, kau murahkanlah rezeki mereka... Amin..."

Assalammualaikum....

Banyak perkara yang telah dilakukan dalam bulan Mei 2013.. Tetapi perkara yg paling tidak sabar ingin aku rasai adalah Trip ke Bangkok Thailand pada malam 23/05/2013. Perjalanan pada kali ini adalah yang pertama kali dan berbeza dari sebelum ini.

Sebelum ini asyik naik kapal terbang je.. kali ni naik bas pulak. Itinerary dan Guide book (versi sendiri hasil kajian dari internet) pun dah buat, yang belum setel lagi cuma duit baht dan travel insurans je.. Trip ini akan berlangsung selama 6 hari 7 mlm, merupakan trip ke luar negara paling lama pernah aku buat, (sebelum ni GZ, china 5 hari 4 mlm) Mana tidaknya, naik bas dan jika ada tiket ktm merasa la naik keretapi. Maklumlah tiket keretapi dari Butterworth - Bangkok habis sebab musim cuti sekolah. Masa dpt tahu tiket train dah habis, mula rasa macam tak jadi.

Tapi sbb semangat masih berkobar2 + jiwa muda pantang mengalah sebelum mencuba (perghh.. mcm poyo je) maka cuba cari alternatif lain, (balik umah study kat internet, tanya kengkawan) dan akhirnya aku temui kaedah lain untuk ke Bangkok iaitu dengan Bas Ekspress. Tapi kena pegi Hadyai (KL-Hadyai) dan cari tiket bas atau keretapi disana untuk ke Bangkok (Hadyai-Bangkok). Sebenarnya, kalo diikutkan masa pegi beli tiket bas, kebanyakkan kuanter tiket bas ke hadyai dah abih jugak, yang ada tiket utk bas tambahan je. Uhh.. mcm pelik je.. tapi try godek satu2 kuanter, akhirnya jumpa. Tapi tak tau la try and error la.

So pengajaran untuk diri sendiri jangan buat keputusan last minit dan perlu ada perancangan yang lebih detail. Kalo tak duduk rumah je masa cuti. huhu..

05 May 2013

PRU 13 - 5 Mei 2013... Tarikh dimana rakyat berkuasa....

Assalammualaikum...

Tahniah kepada rakyat Malaysia yang keluar mengundi pada PRU 13 ini... Semoga pilihan kita dapat membawa kita dan Malaysia ke arah yang lebih cemerlang.




Ingatlah bahawa ia adalah tanggungjawab kita kepada negara dan hak kita untuk menetukan masa depan kita. Sekiranya kita gagal menunaikannya seumpama kita mengabaikan negara, masa depan, dan generasi kita. Ketahuilah setiap undian kita akan menentukan perjalanan hidup kita sebagai rakyat dan sebagai rakyat kita perlu tahu apa yang telah dilakukan oleh kerajaan yang kita pilih. Adakah kerajaan telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan amanah dan jujur kepada rakyat.

Jadi keputusan pada malam ini adalah jawapan kepada undian anda..

*Tahniah kepada calon yang menang semoga dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya, bagi calon yang tewas, jangan putus asa dan teruskan usaha untuk 5 tahun akan datang.