17 December 2012

Guangzhou... How are you...? Hari Pertama...

Assalammualaikum dan Salam sejahtera....

Pada pagi hari pertama di Guangzhou, Saya dikejutkan oleh Abg Yus, dimana saya sangkakan telah bangun lewat tetapi rupa2 masih awal pukul 7 pagi..!! Alamak..!! kedai pun tak buka lagi ni... Sebab disini kebanyakan kedai buka antara pukul 10 - 11 pagi. Jadi apa nak buat pagi2 ni.. kami jalan2 saje sementara menunggu kedai buka. Perghh.. bayangkan keadaan sejuk pagi pada musim sejuk tambah pulak hujan pagi. Perut pun jadi lapar dan paling tak tahan asyik nk ke toilet je.




Sementara menunggu kedai2 ni semua siap dibuka kami berjalan di sebuah taman bernama Guangzhou Cultural Park bersebelahan New Asia International Electronic & Digital City. kemudian berjalan santai di sekitar Xidi 2nd Road, dimana ia merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong utk membeli belah atau memborong alat ganti / barang elektronik dan digital. Disini juga telefon bimbit versi imitation boleh dijumpai. 

Jam telah menunjukkan hampir pukul 11.00 pagi, kebanyakan kedai baru nak buka, jadi kami ambil keputusan untuk pergi semula pada sebelah petang kalau kesempatan dan mengisi perut dahulu, sebelum ke tempat lain. Selesai makan, kami pergi ke onelink international plaza (dalam ni banyak barang souvenir / permainan / dan mcm2), kemudian ke Guangzhou Railway Station (banyak tempat memborong pakaian disini), kemudian ke ZhanXi Lu (tempat memborong jam tangan / pakaian berhampiran dengan Guangzhou railway station). Dalam sehari kami pergi 4 tempat pusat borong utama di Guangzhou. hoho.. takut pulak nanti esok lusa tak tau nak ke mana.




Sebenarnya tempat tujuan utama kami ialah pusat borong jam tangan, tempat yg lain kami hanya singgah kerana tempat tersebut dalam laluan kami ke sana. Nampaknya Abg Yus mahu memborong jam tangan tetapi design yang dicari tidak ditemui, mungkin tiada rezeki. (Saya telah lupa jalan ke pusat borong jam tangan tu, maklumlah dah lama tak datang ke sana, dulu pun sekadar lalu sahaja. Semasa berjalan mencari kami singgah makan kebab turkish, boleh tahan sedap.)




Cara urus niaga yg berlainan ketika kami berbincang mengenai model jam tangan, memberi ketidakselesaan pada kami. Dimana kami perlu pergi ke office mereka untuk melihat jam branded yang mereka jual. (kini kerajaan China telah menguatkuasakan barangan berjenama tiruan tidak dibenarkan dihasilkan dan dijual). Kami telah dibawa ke office mereka, rupa-rupanya sebuah apartment. Jauh juga kami berjalan keluar dari komplek jam tangan tadi semata2 untuk melihat koleksi jam branded tiruan yang mereka jual. Rasa takut pun ade, tapi bila lihat ade sekumpulan org arab dan china juga turut serta saya jadi sedikit berani, tetapi bayangkan kalau sesuatu terjadi..!! Jadi kami rasa tak berani lagi untuk buat perkara sebegitu buat kali kedua... haha.. mungkin kali ni pergi ramai jadi tiada apa2 yang berlaku, kalau lepas ni pergi berdua... siapa tahu...




Pada petang tersebut kami hanya sekadar berjalan disekitar Guangzhou Railway Station sahaja sehingga lewat petang  sebelum kami pergi makan malam dan  membeli sedikit barang makan minum di kedai runcit Yahya (kedai runcit cina muslim) selepas makan malam, kami pulang ke hotel.




1 comment:

  1. Mgm casino to open next week in NC - JTM Hub
    Mgm casino 서산 출장마사지 will be the first to open this week in NC. 대전광역 출장마사지 The 나주 출장마사지 casino, 경상북도 출장마사지 owned by the state Gaming Control 충주 출장샵 Board and operated by the North Carolina

    ReplyDelete