03 November 2012

Spare Part Yamaha Touch 125 & VR 150

Assalammualaikum...

Alamakk.. Dah lama tak update blog ni rasanya dah hampir 8 bulan...Mungkin malas atau tiada masa untuk menjenguk ke sini.. Hahaha..

Saya kini sedang mencari Alat ganti motosikal Yamaha Touch 125 & VR 150.. Alat ganti ini dah macam mencari alat ganti Yamaha RD pulak, sebab diluar negara alat ganti ini semakin susah hendak dicari dan semakin pupus. haha.. Lagipun susah nak jumpa mereka yang jual alat ganti ini, dan bukan senang nak deal jualbeli dgn org dari negara luar.. ini kerana kita tak pasti samada mereka berminat atau tidak... hhmm..

Left cover engine Yamaha Touch 125
Right cover engine Yamaha Touch 125



1 set head & cylinder block Yamaha Touch 125




1 set head & cylinder block Yamaha VR 150


Sebenarnya saya dah lupa, gambar blok Yamaha VR 150 ni saya ambil dari mana entah tapi kredit untuk owner / pemilik gambar nih. Untuk gambar blok Yamaha Touch 125 tu, saya baru beli daripada seorang penjual dari Surabaya, Indonesia. Terima kasih kepada beliau.

Gambar lain terpaksa delete dulu bimbang owner gambar marah pulak.. Nanti kalau ada gambar sendiri, saya akan upload semula.

13 March 2012

Pembeli bayar secara tunai... don't judge a book by its cover...

As'salam...

Apa cerita anda..?? Dah lama saya tidak update post diblog ini... seperti semakin dilupai tetapi nasib baik tidak di terminate kan oleh blogspot.. ahha..

Berkenaan tajuk diatas, pepatah bahasa inggeris ini biasa kita dengar dalam perbualan ramai dikalangan kita. Mungkin dalam bentuk gurauan, teguran, amaran atau sebagainya. Bukan apa ianya mengingatkan diri saya juga agar tidak menilai sesuatu perkara atau orang dari segi pandangan sahaja.

Ia telah membuka minda kita, dimana setiap orang yang kita jumpa, bukanlah seperti yang kita sangka. Ini merupakan pengalaman pertama saya dimana pada jumaat lepas, saya telah membawa pasangan buyer untuk melihat sebuah apartment. Buyer ini kelihatan masih muda, jadi saya hanya memikirkan tujuan mereka hanyalah untuk "window shopping" sahaja.



Tetapi setelah beberapa lama berbincang mengenai apartment dan tiba satu tahap ke bahagian financial, saya bertanya mengenai kewangan mereka samada mereka layak atau tidak untuk memperolehi pinjaman perumahan. Mereka hanya menjawab mahu membayar secara tunai. huh.. berpeluh juga dengar jawapan dari mereka, yang saya sangka hanyalah satu gurauan, maklumlah belum pernah jumpa buyer yang akan membuat bayaran tunai sebanyak Rm 300k. Walaupun daripada penjelasan mereka rumah itu dibayar menggunakan wang ditaja oleh ibubapa mereka, tetapi bagi saya, ianya sesuatu perkara yang baru. Siapa sangka seseorang mampu membeli sesuatu pada harga yang tinggi secara tunai.

Dalam perniagaan, perkara ini yang paling disukai, pembelian tanpa hutang dan bayar secara tunai, ia dapat memendekan tempoh proses penjualan. Oleh sebab itu, dalam perniagaan kita perlu selalu beringat. kita tidak mengenali dengan siapa kita bertemu, mungkin kita akan bertemu dengan seorang yang boleh membantu kita pergi lebih jauh dalam perniagaan. Jangan memperlekehkan pelanggan / pembeli / seseorang, mungkin ia mampu membinasakan perniagaan kita di masa akan datang.

Semoga ia menjadi inagatan untuk kita semua. sekian..



12 January 2012

Aku & Hartanah...

Salam..

Tahun ini saya telah belajar banyak perkara yang yang baru. Terutamanya dalam bidang hartanah, ia merupakan salah satu bidang yang saya minat sejak sekian lama. Sebelum ini saya hanya baca mengenai hartanah melalui buku-buku, blog dan artikel sahaja. Tidak terfikir untuk menceburi dengan lebih mendalam.



Walaubagaimanapun sejak akhir tahun lalu saya telah menyertai seminar hartanah yang dikendalikan oleh Yus 1Hartanah.com sebagai langkah pertama untuk mendalami ilmu ini. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menjadi seorang ejen hartanah berdaftar di Together Properties. Di sini saya dapat belajar lebih banyak perkara berbanding sebelumnya. Sebenarnya banyak perkara yang tidak diketahui ramai mengenai jualbeli rumah ini. Bukanlah terdapat sesuatu rahsia tersembunyi tetapi kebanyakan perkara asas yang tidak diketahui oleh orang ramai mengenai jual beli hartanah.

Baru-baru ini saya telah menghadiri pra - seminar mengenai hartanah. Kali ini saya mempelajari perkara baru mengenai bagaimana untuk menjadi seorang jutawan hartanah yang dikendalikan oleh Tuan Bri. Suatu info yang tidak mungkin saya lepaskan. Insya Allah, Saya akan ke seminar yang akan diadakan pada 4,5,6 Februari ini untuk mempelajari lebih lanjut.



Sebenarnya saya tidak pernah terfikir untuk membeli dan melabur lebih banyak hartanah kerana apa yang saya tahu, jika kita ingin membuat keuntungan melalui hartanah, kita hanya perlu beli / memiliki rumah pada harga yang rendah seperti lelong atau melalui pemaju, kemudian kita jual pada harga yang tinggi pada masa akan datang (mungkin dalam 2-3 tahun kemudian). Sebenarnya ada banyak cara yang boleh kita gunakan untuk memiliki lebih banyak hartanah. Bayangkan membeli lebih dari satu atau 10 hartanah dengan wang Rm 100k atau membeli tanpa sebarang deposit dan segala yuran guaman adalah percuma. Hebatkan ! dan itulah ilmu yang perlu kita belajar.

Bagaimana hendak melakukannya ? ahha.. Untuk mempelajarinya hadirlah ke seminar atau kelas mengenai hartanah. Bukan saya tidak mahu ajar atau kedekut ilmu tetapi saya sendiri pun masih belajar. Haha..


Sekian.




29 October 2011

Samsung Galaxy Nexus....


Syarikat "Top Smartphone Maker" Samsung Electronics akhirnya telah mengumumkan pengeluaran smartphone terbaru mereka iaitu Galaxy Nexus yang beroperasi menggunakan Sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich.

Jika dilihat secara lebih dekat Spec. Galaxy Nexus dikatakan lebih baik berbanding iPhone 4s, walaupun seperti yang kita ketahui iPhone  4s lebih popular dikalangan pengguna diseluruh dunia. Galaxy Nexus menggunakan SoC 125 Ghz dual-core OMAP 4460 dari Texas Instruments digabungkan dengan 384 MHz PowerVR SGX540 GPU. Saiz memori yang digunakan adalah lebih besar iaitu 1 GB RAM.

Tidak ketinggalan juga skrin papar yang lebih besar sehingga 4.65 inci, resolusi paparan seluas 1280 x 720 dengan menggunakan teknologi HD super AMOLED. Teknologi Kamera pula menggunakan 5.1 MP dengan zero shutter lag dan boleh merakam video HD 1080p.Dari segi fizikal ia mempunyai kelebihan pada berat 135g / 4.76 oz dan ketebalan 8.944 mm / 0.35 in. Jumlah sokongan storan dalaman dan luaran (micro SD) sehingga 32 GB.

Dari pandangan sudut pengguna, Galaxy Nexus telah berjaya menarik perhatian penggemar smartphone dengan kelebihan spec. yang terdapat padanya. Ini sedikit sebanyak ia telah memberi cabaran kepada produk Apple seperti iPhone 4s, yang dikatakan telah mengecewakan ramai penggemar produk Apple.





Model: GT-I9250, GT-I9250T, GT-I9250M, SC-04D, SCH-I515
Straight size (length × width × thickness): 11.5 thickest part 136.0 × 68.0 × 8.8 / approx (mm)
Weight: about 135.0 (g)
OS: Google Android 4.0 Ice Cream Sandwich Version
Chip Set: Texas Instruments OMAP4460
CPU: ARM Cortex-A9 MPCore SMP (Dual-Core)
Operating frequency CPU: 1.2GHz
GPU: Imagination Technologies PowerVR SGX 540
Communication system (GT-I9250/GT-I9250M/GT-I9250M/SC-04D): W-CDMA, GSM
Communication Systems (SCH-I515): LTE, CDMA2000
Packet (GT-I9250/GT-I9250M/GT-I9250M/SC-04D): HSPA, EDGE, GPRS
Packet (SCH-I515): LTE, EV-DO Rev.A
The main display mode: HD Super AMOLED
Main display Size: 4.7 inches Main display resolution of about: HD (720 * 1280)
View 3D: Display a non-sub: main camera not equipped with the number of pixels: Approximately 5.1 million pixel main camera imaging element: CMOS
Main camera features: AF
Photo Light: LED
Movie: 1080pHD (1920 * 1080)
Shot 3D: Number of non-sub-pixel Camera: 1.3 million pixel camera imaging element sub: CMOS
Flash: support
GPS: support
RFID: NFC
Communication USB: 2.0
Communications Bluetooth: 3.0 + HS
Supported profiles: HFP1.5, HSP, A2DP, GAVDP, AVRCP, OPP, HID, PBAP, PAN
Wireless LAN communication: IEEE 802.11 a / b / g / n (2.4GHz and 5.xGHz Dual-Band)
Wi-Fi Direct: support
RAM: 1GB
ROM: 32GB
External Memory: 32GB microSD up to a maximum 2GB/microSDHC
SIM Card: Size conventional battery pack: lithium-ion battery battery capacity: 1750mAh
Manufacturer: Samsung Electronics

28 October 2011

Update.....

Salam....

Lama betul faguan tak update blog ni... Bukan disebabkan tiada masa sahaja tetapi terlupa pun menjadi satu masalah juga. haha... Tambahan pula tarikh untuk ke Guangzhou pula semakin hampir. Jadi banyak masa diperlukan untuk belajar dan kaji mengenai tempat borong barang disana. Kehadiran disana kali ini perlu lebih aggresif lagi untuk menjana lebih banyak keuntungan daripada sebelum ini. Wow.. Masyukkk... haha.. 

Jadi sasaran utama kali ini disana adalah kawasan-kawasan borong barangan elektronik & komputrer, memancing, dan barangan am. Huh.. Banyaknya.. sempat ke nak pergi dalam masa 3-5 hari. Peruntukan modal yang dianggarkan Rm 8k - 10k akan dikeluarkan. Bajet yang tidak seberapa sangat, harap dapat memberikan keuntungan yang semaksimum yang mungkin sebagai satu langkah permulaan untuk kali kedua. Ahhaa...

 Untuk rakan-rakan yang kirim cenderahati, InsyaAllah.. akan diusahakan untuk mendapatkan barang yang dikirim. Kalau takde dan tak sempat nak buat macam mana kan..?? Bukan pergi melancong tapi pergi untuk bisnes trip. Dan tahun ini juga first time merasa menyambut Hari Raya Aidil Adha di luar negara dan di China. Waktu bertolak pada pagi rabu 2 Nov 2011 dan pulang pada ahad malam 6 Nov 2011. Haha.. sape suruh tak tengok kalender betul-betul...

 ok.. jangan lupa doakan semoga faguan selamat pergi dan balik... : )


image from http://www.chinatourguide.com

26 September 2011

Tasik Banding, Perak...

Salam...

Hujung minggu yang lepas saya telah menyertai beberapa orang kawan untuk mengikuti trip memancing di tasik banding, perak.
Pada hakikatnya saya bukanlah seorang kaki pancing tetapi sedikit sebanyak telah menimbulkan kembali minat untuk memancing didalam diri ini. Haha.. kali terakhir saya pergi memancing pada tahun 2000. Tapi mungkin itu hanyalah sementara sahaja.




Dalam trip ini dapat juga kita menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Perghhh.. memang nyaman dan indah mata memandang, bukan selalu boleh jumpa sesuatu yang sedemikian rupa, tambahan pula ditengah kawasan bandaraya.
Jadi pesanan untuk anda, cubalah sekali sekala bercuti, ia dapat merehatkan minda kita. Tak perlu pergi bercuti berhari-hari untuk ketenangan tapi mungkin sehari pun sudah mencukupi.




Walau bagaimanapun, perkara utama yang menjadi punca saya mengikuti trip ini adalah kerana ianya percuma. Terima kasih kepada sahabat yang open table untuk trip kali ini. Haha..

Sekian..

23 September 2011

Lamanya...

Salam Sejahtera....

Apa khabar..? lama betul tak jenguk blog ini.. bukan apa sejak akhir2 saya agak sibuk sedikit dan termasuk juga demam baru2 ini.

Minggu lepas saya telah menghantar permohonan tiket flight dan visa china. Insya Allah.. jika tiada sebarang masalah, saya akan berangkat semula ke china pada awal bulan november ini. kemungkinan pergi secara solo.
Trip kali saya telah membuat perancangan dan mungkin melakukan tinjauan yang lebih banyak tempat dari sebelumnya, banyak juga tempat yang hendak dituju. harap kedatangan ke china kali dapat memberi lebih banyak manfaat.

Minggu yg sama juga saya telah menghantar borang permohonan saham khas bumiputera MITI. Ia merupakan sejumlah peratusan saham IPO yang dikhas untuk bumiputera. Saham IPO yang bakal memasuki pasaran adalah saham/kuanter Gas Malaysia. Nampaknya saham ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan ia menjadi petanda yang baik, mungkin boleh memberi pulangan yang tinggi.

Insya Allah... mudah-mudahan ada rezeki...

orait...