06 August 2013

Bangkok... Apakah tujuanku ke sana..? Hari Pertama...

Kali pertama menjejakkan kaki di negara gajah putih iaitu Thailand.. Aku pun tak sangka sejauh ini keberanian diri aku membuat keputusan dan perancangan untuk ke Thailand dlm masa yang singkat selepas membuat study dan reseach pasal bangkok ni. Pergi seorang diri tanpa diteman ni rakan2.

Pada post yang lepas aku telah menceritakan mengenai ketibaan aku di pekan Hadyai. Sewaktu sedang berpusing aku menemui peta yang diletakkan di bahagian trek penjalan kaki. Snap gambar dulu sebab aku takde peta detail untuk pekan Hadyai ni dan juga tak study pun pasal pekan ni. Hhmm.. sebenarnya ia adalah satu kesilapan besar.. sebab ada banyak benda / perkara menarik disini. Mungkin terlalu fokus untuk ke Bangkok. Takpe boleh repeat next time.



Akhirnya jumpa sebuah restoran muslim (lupa nama kedai tu). Selesai makan, aku terus cari stesen keretapi untuk beli tiket ke Bangkok untuk train hari yang sama dan beli tiket balik dari Bangkok - Butterworth. Untuk pengetahuan untuk membeli tiket terdapat 2 kuanter. Satu untuk tiket train hari yang sama dan kedua untuk tiket train hari yang berlainan (booking tiket) So kalau nak beli tiket balik hari lain kena pergi ke kuanter lain. Aku dapat tiket ke Bangkok pukul 6 petang, gila lambat lagi nak bertolak, tgk jam baru pukul 10.30 pagi !! Penyudahnya tak tau nak pusing mane, aku pun check hotel murah, lepak sampai pukul 5.00 petang.



Petang pukul 5, aku check out hotel, kemudian pergi makan siap2 sebelum terpacak kat stesen keretapi pukul 6 petang. Malangnya train delay plak, sampai pukul 7 mlm. adehh.. (sebenarnya pukul 6 petang setiap hari ada nyanyian lagu kebangsaan Thailand ) Naik keretapi waktu malam takde ape yang menarik sebab tak nampak apa pun pemandangan yang menarik diluar sana. So tidur je la, dan tunggu sampai esok pagi.

No comments:

Post a Comment