06 August 2013

Bangkok... Apakah tujuanku ke sana..? Hari Kedua...

Masih lagi didalam keretapi. Perjalanan dari Hadyai ke Bangkok mengambil masa 23 jam. Hampir satu hari jugak, tapi terasa perjalanan tu macam 2 hari 1 malam.. huhu..

Jam menunjukkan pukul 8 pagi.. perghhh awal gila bangun. Sebenarnya tak bleh nak tido nyenyak sebab masa tido terasa train brek + berhenti + goyang + gegar, punca asyik terjaga je... Maklum la first time, mungkin lepas ni akan rasa biasa kot (wah.. mcm nak gi selalu je.. huhu..).
Pukul 10 pagi biasanya staf keretapi ni akan setup semula tempat tidur kepada tempat duduk seperti asal. Tak kira la ko tgh tido ke apa ke, diorg akan kejutkan dan maklumkan pada kita mengenai perkara tu.



Suasana pemandangan memang tiptop. Suasana kampung dan hutan + semak samun memang tak mengecewakan. Terasa rileks je. Sepanjang perjalanan aku tak pasti berapa banyak stesen yang keretapi ni dah berhenti, tapi yang pasti keretapi ni ada berhenti di Surat Thani, Chumphon, Hua Hin, Hua Lamphong.
Sampai ke stesen Hua Lamphong, Bangkok pada pukul 1.00 petang. Aku menyimpan beg yang berat ke kuanter simpanan beg. Kemudian aku jalan kaki ke jalan Chula. Disini terdapat banyak kedai yang menjual barang spare part half cut  kereta dan motor bike lama. Kalau jalan lebih skit ke area stadium boleh jumpa kedai jual peralatan sukan dan jersey. Tapi aku tak pergi ke sana sebab dah letih.




So aku patah balik ke Stesen keretapi dan aku naik Bts dan Mrt untuk mencari hotel tapi tak jumpa. Kemudian aku balik ke stesen keretapi amik beg kat kuanter beg, aku dapatkan teksi tunjuk alamat  hotel area Pratu Nam. Result... kompom la jumpa.. Aku pun check in hotel dah malas nak pilih hotel lain sebab dah letih hari pun dah nak malam. Aku rehat kemudian pegi makan malam (makan kebab dan roti je), pusing area Baiyoke Hotel iaitu bangunan tertinggi di Bangkok (aku baca dlm internet la). Pukul 9 mlm aku balik hotel sebab nak tidur.. Perghhh.. Letih gilerrr...



No comments:

Post a Comment