06 August 2013

Bangkok... Apakah tujuanku ke sana..? First step...

Assalammualaikum.. dan salam sejahtera..

Dah sebulan berlalu trip ke bangkok ini berjaya dilaksanakan, baru hari dapat update blog. Bukan apa 2 minggu selepas ke Bangkok saya kena uruskan trip ke bandung selama 4 hari. Kena book hotel, supir dan plan jadual perjalanan disana.

Kini baru ada kelapangan untuk update blog. Ok berbalik pada tajuk blog. Pada 23 Mei mlm wesak day, selepas balik dari kerja aku terus ke Pudu Sentral untuk bergerak ke Hadyai dengan bas ekspress. Waktu bergerak adalah pukul 9 malam tetapi itu waktu dalam tiket, padahal bas bergerak pukul 10.30 malam.. Bas yang aku naik adalah Ekspress Kesatuan. Pada pukul 1.30 pagi bas ini singgah di Ipoh untuk proses mengisi borang Thai Immigration Clearance sebelum tiba di sempadan M'sia - Thai nanti. Pukul 2 pagi bas bergerak terus ke bukit kayu hitam. Sampai di sana sekitar pukul 6 pagi dan  pukul 7 lebih selesai immigresen dan kastam, bas terus bergerak ke Hadyai dan sampai dalam pukul 9 pagi.

Perghh.. awal pagi sampai di pekan Hadyai ni kedai pun tak banyak yg buka lagi, tambah pulak hari ni wesak day. Agak2 diorang ni buka kedai tak, bukan ape perut dah mula "menyanyi". Maka bermulalah aktiviti round town nak cari kedai makan dan stesen keretapi Hadyai.




* bulan puasa baru ada time nak update, itu pun cuti nak raya... :p

No comments:

Post a Comment