27 January 2013

Listen.. Listen.. Listen... I am now in Bandung, Indonesia ... (Day 2)

Hari Kedua.......

Pada hari kedua set appointment dengan supir pukul 8 pagi, sekali terlajak tido sampai pukul 7.30 pagi... alamak dah lewat... Tak bersarapan la pagi nih.. Selepas siap saya turun ke bawah untuk berjumpa dengan supir, dan berjumpa pulak dengan Bro dan akak semalam.

Kami memberitahu jadual untuk hari ini kepada supir, iaitu mencari supplier dtg printer dan spare part motosikal. Bro omar berminat untuk join kami. Jadi kami pun tak kisah sebab jadual kami lebih banyak kepada aktiviti bebas. (sebenarnya kami sendiri pun dah blur tak tau nak pergi mana.. selepas misi2 kami ni.. haha..) 

Pada hari kedua kami lebih kepada tujuan sebenar iaitu mencari supplier dtg printer dan spare part motosikal. Tetapi sebelum ke sana, supir telah membawa kami ke tempat supplier kain sulam dan telekung iaitu Taman Kopo yang selalu dikatakan murah berbanding pasar baru oleh pelancong Malaysia. Tapi bagi juru review kak tati (huhu.. jgn marah..) kami disana murah beberapa ringgit sahaja. kami tak singgah lama disana kemudian kami ke Cibaduyut, merupakan tempat penjualan barangan kulit dan barangan berjenama. Disini mula saya pening kepala sebab banyak sungguh jaket kulit yang berkenan dihati ada jual disini. (saya peminat jaket.. hehe..) Sementara kami berjalan2 disini supir cuba mendapatkan maklumat lokasi tempat supplier dtg printer kami.







Hampir sejam lebih kami di cibaduyut, kemudian kami ke lokasi supplier dtg printer. Tidak jauh dari cibaduyut, hanya memakan masa 10-15 minit kalau tak sesat. Lokasinya terletak dikawasan kediaman orang2 kaya, pelik.. ada kilang ke disini..? Penuh dengan banglo besar2 disini. (dah lupa nama tempat ni) Betul kata orang disini orang kaya memang betul2 kaya, kalau miskin.. bayangkan je la..
Akhirnya kami sampai dilokasinya, rupanya ia bukanlah lot kedai atau kilang cuma sebuah rumah yang dijadikan bengkel untuk membuat mesin ini. Pemiliknya merupakan bangsa cina Indonesia. Setelah berkenalan, mengenali pemilik industri ini, dengan memperolehi info mengenai mesin ini, maka matlamat / misi pertama telah berjaya.





Seterusnya beralih kepada misi kedua iaitu mencari spare part motosikal, kami makan tengahari di restoran Mitra Sederhana Pasteur (masakan padang). Disinilah orang kata kalau nak makan ambil lauk yang kita nak sahaja, jika tak mahu jangan usik lauk tu, nanti kena bayar walaupun cuit lauk je. So kami pilih dengan mata bukan dengan tangan.. puas hati baru ambil lauk yang nak makan... hahaha.. 

kami ke misi seterusnya, dengan semangat dan perut kenyang kami dibawa ke jalan banceuy, tetapi disini lebih banyak menjual spare part kereta. Alamakk.. biar betul..? Setelah mendapat info daripada kedai dan org ramai (rupanya supir pun tak pasti juga tempatnya...) kami menuju ke tempat dimana barang terpakai motosikal kalo di Malaysia hanya ada half cut kereta tetapi disini ada half cut motosikal. Banyak part motosikal dijual seperti syurga barangan terpakai motosikal. Daripada info yang kami dapat barangan motosikal ini diperolehi daripada motosikal lama atau yang telah rosak teruk / accident ooppss.. harap bukan accident mati. Tetapi barang yang saya cari tidak dapat dijumpai untuk dijual. Hhhmm.. Hampa betul...







Disini juga terdapat sebuah bangunan seperti didalam sebuah pasar yang menjual barangan logam, mesin atau hardware. Jika kita jalan didalamnya seumpama kita pergi ke pasar borong selayang/selangor. Penuh dengan lot kecil kedai menjual daripada part motosikal hingga ke part mesin. Misi saya ke sini tercapai walaupun tak jumpa barang yang dicari. Tetapi kami jumpa tempat yang pelancong lain pun belum tentu tahu. Supir kami sendiri pun mengakui, inilah kali pertama dia membawa pelancong ke sini. Wow.. kami telah berjaya memecah rekod. hahaha...






Selesai sahaja misi / matlamat kedua kami, kami pun terus ke jalan riau, dimana tempat yang kami singgah semalam. Kali ini kami datang untuk memberi laluan kepada Bro omar dan kak tati bershopping, manakala kami berjalan2 dan lepak king sahaja di cafe heritage sambil berinternet sambil menunggu mereka bershopping. Selesai aktiviti di jalan riau kami makan malam di Kedai Belacan Indonesia Cuisine sebelum singgah ke jalan dago. Disini kami sendiri pun belum sampai lagi. Tetapi kebanyakan kedai dah tutup sebab dah hampir pukul 10 malam. Lagipun kami rasa di jalan riau lagi meriah berbanding disini.

Macam biasa, hari pun dah lewat malam jadi kami pun pulang ke hotel. Tambahan pula esok pagi kena bangun awal sebab dah rancang nak pergi kawah putih. huh.. jauh tu, 2-3 jam perjalanan bergantung pada keadaan trafik. Harap tak macet teruk sangat la esok.

No comments:

Post a Comment