30 January 2013

Listen.. Listen.. Listen... I am now in Bandung, Indonesia ... (Day 3)

Hari Ketiga....

Pagi ini kami bangun awal dan siap bersarapan lagi. Mana tidaknya hari ini kami akan menempuhi perjalanan jauh yang memakan masa 2-3 jam untuk ke Kawah Putih. Untuk makluman aktiviti ini tiada dalam jadual kami berdua, tetapi telah dicipta oleh bro omar dan kak tati. Thanks.. hehe..


Perjalanan ke Kawah Putih, merupakan satu pengalaman yang berharga. Kami dijamukan dengan pemandangan yang indah kawasan kampung dan bukit bukau. Malah bukan itu saja kami juga ditemani dengan suasana yang dingin dan sejuk. Disini ada landasan dan jambatan keretapi lama, apa yang kami tahu (supir yang memaklumkan) landasan dan jambatan itu wujud sejak zaman penjajahan belanda lagi, dan sekarang ia tidak digunakan lagi. Terasa seperti dizaman penjajahan belanda la pulak. (tak sempat nak ambil gambar.. aduhh.. ruginya..) Dikawasan ini juga terdapat banyak pengusaha ladang strawberi disini. Pelancong boleh datang dan memetik sendiri buah strawberi yang ditanam, memang fresh dari ladang.










Selepas 2 jam perjalanan kami sampai di kawasan pintu masuk ke Kawah Putih. Disini jika hendak pergi ke kawah putih boleh guna 2 cara iaitu

1 - Menaiki kenderaan yang disediakan + bayaran masuk dengan bayaran IDR 25,000

      seorang.
2 - Menaiki kenderaan sendiri (kalo pelancong kenderaan supir la..) dengan bayaran IDR 
     IDR 150,000 + bayaran masuk IDR 25,000 seorang.











Kami pilih menaiki kenderaan yang disediakan, murah dan kenderaan dia pun unik, mini van yang dimodifikasi. Lokasi ke kawah putih pun mengambil masa 15-20 minit. Akhirnya kami sampai, tetapi nasib agak kurang baik kerana pagi tu sekitar kawah putih dipenuhi kabus yang tebal. Jarak penglihatan kami pun terhad, tak dapat melihat keindahan suasana kawah putih yang sebenar. Agak terasa hampa juga, sebab tak nampak apa, cuma putih kabus sahaja...
Terdapat juga sebuah gua yang dinamakan Goa Belanda.

Setelah puas berjalan kami pun turun semula ke pintu masuk utama tadi. Hujan renyai2 dah mulai turun, lagipun kami kejar masa nak ke pasar baru pulak. Maklumlah nak kena beli barang sedikit sebab esok dah nak balik. Sebelum tu kami singgah makan tengahari di Restoran Saung Andir. (saya tak pasti masakan ape disini..) kami lihat ladang strawberi milik pemilik restoran tetapi buah strawberinya dah habis dipetik tapi ada la sikit2 yang boleh buat makan.










Ketika dalam perjalanan, kami semua tertidur. So tiada cerita sehingga la sampai ke pasar baru. Haha.. Mana tidaknya semua sembang overnight malam sebelum ke kawah putih.

Sampai di Pasar Baru jam 3 petang, ini bermakna kami ada masa selama 2 jam sahaja untuk bershopping. Perghh.. langkah seribu dalam kepadatan orang. Kami cuma beli telekung sahaja untuk buat niaga kecil2 di KL nanti. Dapat duit tiket pun ok la. Pukul 5 petang kami ke Jalan Riau semula sebab Bro omar dan kak tati nak repeat shopping kat oasis. Selesai shopping, kami makan malam di Warung Mc. Darmo, kat sini bebek gorengnya sedap + tiptop + murah. (bebek - itik) 












Malam tu adalah malam minggu, jadi kami jalan2 disekitar kota bandung termasuk ke Jalan Cihampelas. Alamak.. sebenarnya terlupa nak pergi ke sini, sebab sini ada banyak kedai jual seluar jeans yang murah2. kami sampai lewat sangat, jam dah pukul 10 malam dan kebanyakan kedai dah tutup. Tetapi jalanrayanya tetap macet (jam) so kami turun dari kereta dan jalan kaki sepanjang jalan cihampelas.

Setelah puas berjalan kami pulang ke hotel. Kami lepak dan sembang di lobby hotel, kemudian ke bilik tapi tak boleh tidur lagi, sebab nak kena siap2 packing barang pulak, esok pukul 6 pagi dah nak kena bergerak ke Airport. 


No comments:

Post a Comment