22 January 2013

Listen.. Listen.. Listen... I am now in Bandung, Indonesia ... (Day 1)

Hari Pertama......

Selepas kami sampai ke Husein Sastranegara International Airport, selesai segala jenis pemeriksaan kastam dan imigresen, kami terus membeli tiket teksi di kuanter berhampiran pintu keluar airport.

Tanpa melengahkan masa kami terus dapatkan teksi. Lagipun badan pun dah letih, tambah pulak dah dekat pukul 4 pagi. Kepala ingat nak bantal dan tilam je nih. Dalam perjalanan ke hotel, pemandu teksi pulak buat hal, dia keliru dengan lokasi hotel yang kami nak pergi. Aduyaii... dah pukul 4 pagi ni. Sebenarnya saya pun tak tahu ada dua nama hotel yang serupa tetapi berlainan lokasi. 

Akhirnya kami sampai ke hotel yang telah dibooking, jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Org receptionist tu pun minta kami daftar pagi nanti, diorg pun mcm mamai je tengok kami baru sampai. Mane tidaknya booking confirm masuk pukul sebelum pukul 12 tghmalam tapi sampai pukul 4.30 pagi, bayaran hotel masih lagi dikira. Ini pukulan daripada Airasia la ni, benda murah memang gitu... huhu...




Jam dah menunjukkan hampir pukul 10 pagi, bangun pun dah lewat. Rugi masa 2-3 jam. Kami pun siap2kan diri sebelum bertolak keluar untuk memulakan aktiviti kami. Sebelum keluar kami daftar dulu di lobby hotel, dapat map free dan sedikit penerangan daripada receptionist mengenai lokasi didalam map. (Lagipun saya dah "Tourist Guide" sebab dia dah pegi Bandung 2 kali sebelum ni.. huhu..) Pukul 11 pagi kami keluar dan terus berjalan kaki ke Pasar Baru. kalau tengok pada map mcm jauh je tempat ni tapi yang sebenarnya dekat je. Sampai je ke lokasi, kami singgah sarapan dulu. (sebenarnya lebih pada makan tengahari la kot..) 
Saya sebenarnya dah lupa nama restoran ni, masakan yang disediakan pun nampak pelik2.. (bagi saya la.. tak tau la korang camne kan..) 




kemudian baru masuk dalam Pasar Baru Trade Center. Didalam dan diluar pasar baru ni penuh dengan orang yang berniaga bermacam2 benda, daripada t-shirt, cenderahati, kain, telekung, kain sulaman dan macam2 lagi. Perrghh... padat gilerr... ramai peniaga dan orang yang berbelanja dalam tu. Di sini kebanyakan peniaga selalu sebut "mari belanja.." maknanya mari beli... saya ingatkan minta belanja makan tadi (rasa mcm kena "pow" la plak.. huhu...) rupanya minta kita membeli belah kat kedai dia.





Selesai jalan2 dalam pasar baru, kami jalan keluar ke kaki lima, tengok barang apa yang ada jual diluar sana. Diluar lebih banyak kedai menjual kain untuk dibuat t-shirt (rasanya la) Kemudian kami pusing sekitar luar pasar baru dari Jalan Otto Iskandardinata - Jalan Jenderal Sudirman - Jalan Dulatip - Jalan Suniaraja dan balik ke jalan otto. Di Jalan Dulatip ada banyak jual kain tapi tak pasti kain untuk apa, manakala di Jalan Suniaraja banyak kedai jual barangan spare part kereta. Sampai semula ke persimpangan jalan Otto dan Suniaraja, disini kami cuba merasai kenderaan angkutan (sejenis van yang boleh mengangkut penumpang), dan kami ke Grandmedia iaitu kedai buku terbesar di bandung. (ppsstt.. naik angkutan ni kena sedia duit kecil.. kalo tak sedekah je la duit baki tu..)


Di Grandmedia saya beli beberapa buku mengenai pelabur dan travel guide ditulis dalam bahasa Indonesia. Selesai membeli buku dan map (map tambahan) kami singgah minum petang di Dunkin' Donut, cehh.. kat Malaysia pun tak pernah masuk kedai ni, sampai di bandung sibuk nak masuk pulak.. hahaha... Di seberang jalan atau berhadapan Grandmedia dan Dunkin' Donut ni ada Shopping complex bernama Bandung Indah Plaza.




Kemudian kami ke Aria Jeans, disini bukan lah tempat menjual seluar jeans atau pembekal seluar jeans, tetapi ia merupakan kedai jahit pakaian (Tailor). Kalau nak tahu kat sini boleh tempah pakaian dan siap dalam masa sehari + hantar ke hotel lagi. So tak payah susah2 nak membazir masa datang semula ambil pakaian yang kita tempah tu. Best kan..? Harga pun murah dan kain pun berkualiti. Saya dan rakan tempah seluar jeans sehelai seorang harga dalam Rm 65 sehelai siap penghantaran... memang terbaik la..






Pada pukul 5 petang, kami bergegas pula ke Jalan Riau dengan menaiki beca, dan inilah kali pertama dan terakhir naik beca lepas ni kalo datang sini tak mahu naik beza lagi. Kesian ada, ngeri pun ada, mane tidaknya menyongsang arus trafik.. rasa mcm nak lompat keluar je dari beca tu.. haha.. Selepas 20 minit menaiki beca, akhirnya sampai jua ke Jalan Riau, dimana tempat kegemaran pelancong tak kira dari mana sebab disinilah syurga kepada para kaki shopping dan penggila Factory Outlet.





So saya sampai sini cuma jalan2 tengok sahaja, cuma beli perfume sahaja. Bagi saya biasa je, walaupun harganya murah. Di sini terdapat banyak FO iaitu Oasis, The Summit, Terminal Tas, The Secret dan seumpamanya. Tak lupa juga kedai jual barangan terpakai dan i=antik pun ade disini. Tapi kami datang sini pun bukan banyak membeli belah tetapi banyak bergambar.. haha..

Kemudian selepas puas berjalan disini, kami berjalan kaki ke Bandung Indah Plaza untuk makan malam di D'Cost Sea Food. Di sini pelayannya ambil order mengguna hp (mungkin guna app android kot..) gempak gilerrr... Makanan pun sedap dan banyak, setiap lauk yang kami order macam makan untuk 2 orang. Kalau kami berdua makan lauk dah macam 4 orang makan.. Arrghhh.. kenyang.. nak bangun jalan pun malas.. huhu...

Selesai makan kami shopping skit barang makan jajan / kudap2 untuk dihotel nanti. Sehingga pukul 10 malam, kami pun sampai dah tak larat nk berjalan, apalagi cari teksi la.. Sampai ke hotel update status FB, lepak2 sambil minum dan buat kira2 bajet berapa dah belanja untuk hari pertama. kemudian bincang untuk perjalanan esok pagi. 

Sebelum tidur, kami duduk dikerusi luar bilik untuk layan curut. secara kebetulan selang sebilik dengan kami sepasang suami isteri pun sedang duduk lepak diluar, kami pun berkenalan dengan mereka iaitu Bro Omar dan Kak Tati. Mereka berasal dari puchong, mereka datang ke bandung dengan flight dari LCCT ke Jakarta tinggal 2 hari disana, kemudian naik keretapi ke bandung. Jauh jugak Jakarta - Bandung tu.. Tapi diorang kata best... Hhmm..



No comments:

Post a Comment