Sekejap dah pagi... Hari ini merupakan hari terakhir kami di Bandung, Indonesia. Terasa seperti sekejap sangat kami disini, cepat betul masa berlalu.
Pagi ini kami bersiap untuk pulang ke KL, Supir telah menunggu dilobi hotel untuk menghantar kami ke airport. Sebelum bergerak ke airport ambil gambar dulu bersama dengan supir acong. haha..
Sampai airport selesai perkara2 asas sebelum ke ruang menunggu dengan kastam, check in baggage, bayar airport tax, imigresen dan tak lupa sarapan pagi. Lepas ni target dalam flight nak sambung tidur je. Zzzz...
In Sha Allah.. sekiranya ada rezeki saya akan datang lagi ke Bandung atau next trip...