25 December 2012

Guangzhou... How are you...? Hari Keempat...

Assalammualaikum... dan Salam sejahtera....

Ok.. Ini adalah hari terakhir kami berada di Guangzhou, rasa sekejap sangat masa berlalu. Kami tak puas lagi berjalan di sini, banyak lagi tempat yang belum kami pergi seperti tempat kasut, barang2 motosikal, tempat barang mancing, masjid huaseng, barang komputer pun tak habis pusing.

Lagipun kedatangan saya kali ini pun bukan untuk memborong (walaupun akhirnya saya memborong juga, lepas duit tiket pun jadi la.. haha..) saya lebih kepada untuk berjalan2. Pada hari ini kami byk menghabiskan masa dengan berjalan2 ke tempat yg kami telah pergi dan ke tempat yg tidak pernah saya pergi pun ade juga.

Sewaktu kami berjalan, kami menemui sebuah kedai basikal yang menjual basikal elektrik yang menggunakan kuasa bateri. Basikal ni biasa digunakan oleh kebanyakan orang2 cina disini sebagai salah satu   kenderaan pengangkutan persendirian. (kadang2 ade yang buat guna angkut barang / keje) Ada macam jenis design basikalnya, mountain bike pun ade motor elektrik, semua designnya menarik dan sempoi je. Tapi basikal ni mahal juga, harga lebih kurang Rm 1,500... Huhu.. Lepas bayar muka motor baru nih.. Kalo korang tgk gambar, mesti korang tertanya2 dimana motornya..? haha...





Selepas ke kedai basikal, lebih kurang dalam 500 meter, saya terjumpa sebuah bengkel membuat troli, yang biasa digunakan untuk mengangkut barang. Biasa kita tgk dia orang angkut barang dah macam bukit barang tu atas troli. kemudian kita pun fikir diorang kuat betul tolak troli tu. Haha.. Sebenarnya troli ini telah dimodifikasi, dimana terdapat sebuah drive shaft kat bwh troli tu bersambung dengan motor elektrik dan bateri. Kemudian ade throttle utk mengawal kelajuan motor tu. Perghh.. betul2 kreatif diorang nih. Patut la diorg tolak troli laju je kita tgk, rupa2nya menggunakan kuasa motor. Haha.. Puas betemu bual dengan owner bengkel tu, harga jual troli yang dia letak dlm sekitar Rm 2,000... Errkk.. mahalnye.. Tapi malang gambar troli tu owner tak bagi ambil. Aduyaii... kalo tak boleh letak dalam blog nih.

Kemudian saya dan Abg Yus jalan lagi terus ke depan dalam 300 meter saya jumpa sebuah kedai yang membekalkan belt buckle, tak sangka jumpa kedai ni, boleh beli secara borong dan retail. Harga memang murah untuk memborong. (itu pun tanya utk kuantiti 100-200 pcs) Tapi masalahnya kedai ni tidak jual belt sekali. kena cari kedai jual belt pulak. Onwer kedai ni kata ade kedai yang jual belt sahaja, entah betul ke tidak. dia bagi direction tapi kami tak jumpa pun. Hhmm...

Selepas tu kami lalu di kawasan jual barang2 hardware, tool, dan machinery. Saya kutip business card salah satu kedai untuk simpanan. Mana tahu next time datang nk borong hardware pulak. Kami lalu sehingga jumpa sebuah lagi kedai basikal, dibelakang onelink plaza. Kedai ini bukan sahaja menjual malah siap baiki pun boleh. Ada juga jual spare part motor elektrik, bateri, adapter untuk caj bateri, throttle dan siap boleh shipping barang untuk kita lagi. Wahh.. hebat tokey kedai nih, walaupun masalah komunikasi tapi dari gayanya, kita dah boleh faham ape yang dimaksudkannya.




Onelink Plaza. Di sana Abg Yus mula mencari walkie talkie, tapi tak berkenan sebab harga, tak pasti samada mahal atau tidak. Jadi dia singgah ke kedai jam, dari hari pertama lagi dia dah aim pada jam tu, sebab nampak old skool. Gaya ala2 zaman 70'an kot. Huhu... Harga jam tu Rm 300 lebih.. bukan jam kecil tapi besar dan menarik. Tak teringat nak ambil gambar jam tu, memang cantik designnya. Sementara menunggu kotak jam sampai dari stor. Saya berjalan disekitar dalam plaza tersebut dan beli set sudu dan chopstick ditingkat bawah plaza. Saya tak tau pula bahagian bawah tu ada banyak lagi kedai. Sehingga saya hampir tidak menemui jalan keluar bila Abg Yus call kata dia tunggu diluar plaza.

Ketika diluar plaza saya lihat Abg Yus berada bersama sekumpulan rakyat Malaysia yang datang ke GZ. Kami berkenalan dan bersembang, mereka datang bersama trip Travel Agency. Mereka juga balik pada masa flight yang sama dengan kami iaitu pukul 1 pagi.

Kemudian balik ke hotel untuk hantar barang yang dibeli, dan bergegas ke New Asia International Electronic & Digital City untuk ambil barang saya yang tak sampai semalam. Alhamdulillah.. Barang dah sampai, lega rasanya. Kalau tak rasa macam nak minta refund balik duit tu. (boleh dapat ke refund.. huhu..) Sebelum pulang ke hotel Abg Yus beli lagi sekotak mee cup segera di kedai runcit Yahya. Haha.. penangan mee segera china.




Apabila sampai dihotel kami pun bersiap packing barang untuk shipping dan barang2 lain sebelum kami check out pukul 6 petang. Saya telefon brother yang buat shipping barang ke Malaysia. Barang yang kami shipping, kami tinggalkan di lobby hotel, sebab nak tunggu orang yang ship barang tu lambat sampai dalam pukul 8 malam. Jadi kami ambil keputusan untuk tinggal sahaja di lobby hotel. (kena isi borang dulu, dan no telefon orang yang nak ambil barang tu)

Sekarang semua dah setel, tinggal menunggu masa nak bergerak ke airport. Itu pun masa masih awal lagi. Kami pergi makan dan minum dahulu sambil2 tu berWifi la disana. Cukup masa pukul 9.30 malam kami bergerak ke Stesen Metro Haizhu Square utk terus ke airport. (murah lagi naik metro daripada naik teksi) Sampai di airport kami check in + kastam + imigresen = tunggu la masa nak naik kapal terbang pulak. (masa kat kastam diorang ade detect something pada beg saya, mula risau dah rasanya takde benda terlarang pun yang dibawa masuk, rupa2nya diorg nampak screw drive kecil dalam beg, saya pun tak pasti datang dari mana.)

Setelah menempuhi perjalanan selama 4 jam, kami selamat tiba di LCCT pada pukul 5.30 pagi. Alhamdulillah... sampai jua akhirnya...


1 comment:

  1. Beli ganja, mdma, Methamphetamins, kokain, ketamine racemic, Benzodiazepines, Heroin, hash, minyak hash, cookies, brownies, tinctures, rumpai untuk dijual, talian marijuana, benih ganja, minyak kanabis, membeli minyak kanabis. .
    Wickr ID: hugmankush

    Harga untuk Cocain.
    20 gram ... $ 1950
    50 gram ... $ 3900
    1 kilo ............ $ 48000
    2 kilo ............ $ 78000

    Harga rumpai.
    1 paun ........ $ 1900
    1 kilo ............ $ 5000
    2 kilo .......... $ 8000

    Harga ais crytal meth.
    20 gram ... $ 1550
    50 gram ... $ 3000
    1 kilo ............ $ 37000
    2 kilo ............ $ 70000

    ID Telegram: hugmankush
    ID Wechat: leewung
    Wickr ID: hugmankush
    E-mel: jordanchapman20@gmail.com

    Kami hanya menerima pembayaran melalui bitcoin, pasti sebelum anda menghubungi kami, anda mempunyai bitcoin anda bersedia.

    Kami juga menjual Guns Firearms 1911 Handguns AR-15s Concealed Carry
    Pistol, Ruger LCR 38 Special Revolver Double Action, Smith Wesson Model 60 357 Magnum / 38 Special Revolver Glock 17,19,22

    ReplyDelete