24 April 2013

Yamaha Touch Plus kini di Malaysia....

Assalammualaikum... dan salam sejahtera...

Wow.. tajuk post macam yamaha nak bawa keluar model baru di Malaysia nih... (sebenarnya tak ade pun) Padahal motosikal yamaha touch plus / 125 telah dibuat pengeluarannya di Thailand sejak 10-15 tahun lalu.. Pemasaran hanya di Thailand dan Indonesia sahaja. (tak tahu la kalau ada di negara lain) Di mana Yamaha Malaysia hanya mengeluarkan dan memasarkan 125z, kenapa ye..? mungkin sebab dah ada RXZ kot....



Walau bagaimanapun apa yang menarik pada motosikal ini adalah kebanyakan part dalaman dan luaran enjin ini hampir sama dengan 125z di Malaysia.  Paling menarik liquid coolantnya boleh dipasang pada 125z. Bagi orang mcm aku anggap ini satu hobi dalam pencarian dan pengumpulan barang dan part motosikal terutama 125z. Sebenarnya hampir 2 tahun lalu aku mula mengumpul part 125z (terutama dari negara luar). aku pernah pergi sehingga ke Indonesia mencari part2 motosikal ni. Akhirnya sejak awal bulan mac sehingga pertengahan bulan april, aku berjaya menghubungi seorang penjual barang motosikal di Thailand. Perbincangan pun bermula dengan pencarian part motosikal sahaja. Tetapi aku telah ditawarkan oleh penjual tersebut sebuah motosikal yamaha touch pada harga yang murah. Untuk pengetahuan di Thailand, yamaha bukanlah motosikal yang popular seperti Honda & kawasaki. Aku pernah jumpa iklan motosikal yamaha vr 150 pada harga 2500 baht (lebih kurang rm 250)... Yamaha sport kat sini pun rm 900 masih ada nilai lagi.. hahaha...


      

Perbincangan yang makan masa hampir 2 minggu dan aku setuju dengan pembelian tersebut. Sesi pembayaran dan penghantaran pun mula beraksi... yeahhh... Sebelum penghantaran dibuat aku dah maklumkan pada penjual tu supaya membuka (kerja2 "barai") komponen motosikal supaya boleh packing ke dalam kotak (bajet nak lari cukai, last2 kena jugak) Manakala bahagian no enjin dan body motosikal aku sedekah kat penjual tu... haha... confirm dia jual balik sebab geran masih ada kat dia...
Setelah seminggu penghantaran, motosikal tersebut tiba di kuala lumpur penghantaran jadi pending. Call kurier rupanya sangkut kastam, lebih seminggu sangkut kat dalam sana, dalam hati dah bajet mesti kena duty nih. Dapat call dari kurier company.. jenggg.. betul tekaan aku, duty kastam kena rm 300. Nasib baik ada stand by duit lebih, kalo tak jadi tukun barang motor aku dalam stor kastam. Inilah sebabnya mengapa aku tak suka bawa barang masuk Malaysia guna kurier. Memang cepat tetapi problem kat kastam berbanding freight forwarder company lambat tapi kastam clear... (mungkin sebab dah termasuk dalam caj penghantaran)



Dua hari kemudian barang motosikal tiba di hadapan rumah. Terkejut aku rupanya ada 4 kotak, patut la sangkut. Brader yang hantar tu pun tanya, "bro.. betul ke dlm ni ada sebiji motosikal..?" hahaha.. aku kata ya je.. terkejut  brader tu... hahaha... (Bukan ape geram punya pasal.. bukan senang nak cari part2 ni, alang2 beli sebiji motor..) Kemudian aku check tengok untuk confirmkan barang semua cukup.. Semua ok dan selesai, aku maklumkan pada penjual mengenai barang yang dihantar. Selepas ini hanya tinggal kerja2 modifikasi pada 125z je.. hhmm.. tak sabar nak tunggu siap... Dalam pada tu, duk fikir mane nak jual part yang tak digunakan tu...

**Banyak juga aku jumpa info2 tempat penjualan barang motosikal terpakai (macam half cut seperti kat bandung), Tapi aku masih tak jumpa info supplier barang spare part / aksesori motosikal di Thailand. Akan ku cari sehingga ke lubang cacing... hahaha...

9 comments:

  1. Anonymous24 July, 2014

    as salam...ape cerita terbaru modified touch ni? tk de update ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah... ada..


      **cuma risau "abg j" & "mat mata2" minat buat info plak...

      Delete
  2. buat la bang. saya berminat dengan entry ni.

    ReplyDelete
  3. brapa total semua cost bro??
    kalau boleh nk bli gak la hehe

    ReplyDelete
  4. Asslmmualaikum....Bro klau saya nak beli yamaha lc sebiji thailand punya ade tak...???saya nak amik brang sebiji moto buat sparepart...klu ade call atau mcj saya bro...nie no saya 017-5092679 wssp wechat pun boleh...

    ReplyDelete
  5. Boleh bagi kontek org thailand tu bro...

    ReplyDelete
  6. Bos ada lg ke no fon mat thai tu

    ReplyDelete
  7. sedikit info..
    yamaha touch125,tzr150,vr150 mmg banyak di thailand..mmgkin x de kat Malaysia..
    tzr150 lampu depan bulat 2biji blakang lampu mcm tzr125..
    vr150 lampu depan petak dan blakang mcm rxz.tp dr sisi mcm panther jerung..pengeluaran thn yg sama dgn jerung kalo x silap..
    yamaha touch125,pon ala2 jerung cuma lampu blakang x cantik bg aku..

    ReplyDelete
  8. assalam..dimana boleh sy dpt sebiji injin Yamaha Touch 125. mohon wasapp 0192722171. TQ

    ReplyDelete