Hari ini bangun awal pagi dengan semangat membara nak menjelajah kota bangkok ni.. Siap2 bersarapan roti + biskut + air botol jus buah ( yang penting ada tanda halal) sambil2 tu standby bekal, takut tak jumpa kedai makan halal.
Waktu pagi yang sibuk ni aku mulakan perjalanan aku ke Pasar JJ (Jatujak) jauh jgk dari hotel aku tu. Pergi ke sana dengan MRT (mrt ke bts..? aku pun lupa) dlm 15-20 minit sampai di pasar JJ ni.
Dalam pasar ni byk jual barang2 pakaian, seluar, aksessori, bundle dan sebagainya. kira macam gi uptown la tapi pasar ni lagi besar hampir 15,000 buah kedai yg ada dlm pasar ni. Pergghh.. berdarah tapak kaki bro kalo nk pusing satu pasar ni. Bagi kaki shopping mungkin merupakan syurga membeli belah. Aku pun pusing dekat2 je, pastu cabut.
Tengok matahari dah terpacak atas kepala, badan dah mula nk berpeluh. Bangkok ni dlm musim panasnya boleh buat terbakar badan. Tak tunggu lama, aku terus gerak ke destinasi seterus. Pasar jual spare part motor. Inilah tujuan sebenar aku dtg ke bangkok ni. Nak cari barang2 motor murah yang boleh dibuat niaga.
Di sini merupakan syurga bagi aku. Hahaha... Banyak kedai aksessori motor, kereta, ko nak ape.. barang hardware pun ada bro.. Kedai yang menjadi tumpuan aku adalah kedai yang menjual part2 motor second hand / recon. Kat sini rileks je jual mcm tu kat kedai. Kalo kat Malaysia dah kena serbu dah..
Pusing2 kat sini je dah setengah hari, itupun tak abih pusing. Belum lg ke daerah lain, yg mane betul2 kawasan scrap motor. Hhmm...
Dah letih pusing, petang tu terus balik ke hotel dgn hasil tangkapan. Malam, selepas makan, keluar jalan2 dikawasan Pratunam. Bukan apa, nk abihkan masa. Duduk kat hotel pun bukan ada apa, baik maksimumkan masa utk melihat tempat orang.
Dah penat balik hotel, pastu plan jadual untuk esok, akan ke bobae market dan pratunam market. Pastu lusa nak balik dah..